Hari ini sudah hari kedua tahun 2011 setelah kita menghabiskan sisa usia 2010 dengan berbagai ragam dan keadaan yang kekadang menjadi lelah untuk dipersoalkan oleh setiap insan
Sering kali kita mendengar runggutan rakan-rakan taulan mahupun jiran setiap kali musim sekolah bermula setelah sebulan bercuti
Mana nak cari duit?,pakaian sekolah anak belum disediakan lagi,bulan ini juga nak bayar rumah,kereta motor,api.air dan ber bagai lagi,sedangkan suami bergaji kecil..Macamana nak buat niiih.
Sudah lumrah manusia jika tidak tersempit dia tidak akan" beradoi" sakit,selagi ada selagi itulah dia belanja tampa inggat belakang depan bagaikan mat rempit ,yang lupa jalanraya menanti untuk mematahkan tulang ,mengoyak belulangnya
Padahal dalam kehidupan ini telah diduga segalanya.seperti pernah merasakan kegembiraan yang menggugah, pernah mersakan kelesuan yang melelahkan,namun itu semua tidak menjadi penggajaran pada kita semua.kalau inggatpun hanya beberapa detik,ibarat air dicurah di daun keladi
Manusia sering bertanya kenapa aku atau dia sering diuji,termenung sekejap atau setahun dan mungkin sepanjang hayatpun tidak mungkin adanya jawapan kukuh dari manusia,kalau adapun kekadang terserong jauh dari paksi sebenar,namun quran qalam Allah memberi jawapan yang unggul untuk difikirkan oleh mereka-mereka yang berakal waras
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Bila alpa untuk ukur diri,Ia amat parah,parah lagi dari barah yang mengorbankan berjuta manusia
Melihat apa orang lain ada,Diapun bertanya:Kenapa aku tak dapat ? sebagaimana orang lain dapat!..
Surah al-Baqarah ayat 216 menjelaskan
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Akhirnya manusia akan berkata:Aku dah penat menghadapi segala macam ujian hidup ini,sudah bermacam-macam usaha telah aku buat,namun tak pernah pula berjaya,sedangkan rakan ku telah menikmati segalanya dari hasil usaha,tapi aku masih lagi seperti dulu dan mungkin juga buat selama-lamanya
Quran memberi jawapan
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Setelah mereka jelas dengan jawapan quran surah yusuf ayat 12.persoalan baru pula timbul..habis pada siapa aku berharap?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Asslamualaikum
Komenlah dengan bertanggunjawap