Quran Explorer - [Sura : 17, Verse : 1 - 111]
Saya tidak menawarkan ganjaran apa-apapun, Saya menawarkan persahabatan di laman ini dan perkongsian pengalaman tanpa pasca-bayar maupun pra-bayar

Isnin, 13 Disember 2010

Terima Kasih Allah Kerana di kau Mengisi kesepian ku


Hari ini aku tak ada aktiviti yang khusus ,jika rakan-rakan sibuk dengan aktiviti keluarga, aku pula terpingga-pingga mencari sesuatu agar dapat aku mengisi masa lapangku yang memboringkan,,Ah apa aku nak buat ni !!!! ya Allah berilah aku petunjuk-Mu agar aku dapat jalan mengisi kekosongan ini

Tetiba telefon berdering dering bagaikan suara cengkirit malam,siapa pulak ni kata ku!!!,' setelah menekan punat menjawap,''!!  Asslamualaikum sihatke? lama tak bertemu dengan kau rindu rasanya,' kata orang yang mengcall aku, setelah salamnya aku lunaskan sebagai kehandak sunnah.Aku mengambil kesempatan yang ada untuk bertanya khabar keluargnya yang sememangnya lama aku tidak ziarahi,sesungguhnya panggilan Telefon yang aku jawap juga tidak dapat mengisi kesunyian dari keboringan yang aku sedang alami ini

Dalam termenung!!! terlintas dbenak sanubari,''dulu semasa ada pasangan hidup tidak segawat ini otakku, tidak sesepi begini hati ku,segalanya terurus dengan baik bagaikan bunga yang disiram hujan pagi

Namun itu semuanya satu kenangan yang tidak akan luput di sanubari buat selamanya,Rakan-rakanku syorkan aku dapatkan penganti baru sebagai teman penglipulara ,setidak-setidaknya kehidupan aku lebih terurus bukan sekadar tempat tidur,makan minum dan sebagainya selesa,Mereka kata ,' yang penting kecerian diriku akan berubah,Namun itu pendapat kekawan,'sebalik itu mereka tidak tahu apa yang bermain di benak aku ini,hanya yang maha esa lebih mengetahuinya

Disudut ruang tamu aku terlihat PC yang baru aku beli ,tetapi belumpun aku sentuh keyboardnya, malah masih dalam bungkusan yang belum di buka secara keseluruhan walaupun segalanya perkakasnya sudah dipasang selengkapnya

Mahu tak mahu.dalam keboringan itu aku mencubanya jua, walaupun naluri aku tidak ada kepentingan disitu
Bila melihat skrin monitor leper yang menjadi idaman aku dari dulu,hati mula rasa tertarik dengannya

Aku mula on untuk hidupkan.Malangnya tidak berfungsipulak pc yang diharapkan menjadi penghibur dikala kesunyian hati ku.Cari punya cari penyebabnya,Akhirnya aku jumpa dan ketawa sorang-soranglah ,kalau ada yang melihatnya pasti ada yang anggap aku dah biul,, kah kah kah,apa tidaknya,'rupanya suis plug aku tak onkan eh eh eh eh

Bila semuanya sempurna maka skrin monitor leper  aku pun terang bagaikan bulan purnama lah kononya.hati aku mula rasa senang ,otak pun mula hilang denyutanya dari memikir bagaiman untuk menghilangkan keboringan yang sedang bermain dala diri

First url yang aku cari adalah dikir barat di u tube,,wah rasa seronok pulak bila mendengar lagu dikir yang dinyayikan oleh Zaidi Buluh Perindu
Bait bait dan kata pula begitu indah,bagaikan kena pulak dengan cerita kehidupan aku ini




Salam Terakhir Buat mu Duhai Kekasih


Salam terakhir buat mu duhai kekasihku
Senyum dibibir sendu sebak jiwa ku ,
cinta terukir rindu berlagu
Ku bagai musafir di angin nan lalu

Ku mohon berlalu bawa derita walau dirimu masih ku cinta
Tangisi kalbu sebak dijiwa tak mungkin bersatu kita di alam nyata

Salam terakhir buat mu duhai kekasihku
senyum dibibir sendu sebak jiwa ku ,
cinta terukir rindu berlagu
ku bagai musafir di angin nan lalu

Terlerai kini satu ikatan
Tinggalah janji ganti kenangan
Karam di hati daku seorang
Melangkah pergi pahit dalam senyuman


Salam terakhir buat mu duhai kekasihku
senyum dibibir sendu sebak jiwa ku ,
Cinta terukir rindu berlagu
Ku bagai musafir di angin nan lalu


Gelap gelita hidupku sepi
Tiada cahaya sinar mentari
Dan aku terlupa dibuai mimpi
Antara kita bagaikan lagit dan bumi


Salam terakhir buat mu duhai kekasihku
Senyum dibibir sendu sebak jiwa ku ,
Cinta terukir rindu berlagu
Ku bagai musafir di angin nan lalu

Biar kau jauh tiada disisi
Cinta ku teguh kasih ku suci
Tak mungkin sembuh luka dihati
Patah tak tumbuh hilang tak berganti


Salam terakhir buat mu duhai kekasihku
Senyum dibibir sendu sebak jiwa ku ,
Cinta terukir rindu berlagU
Ku bagai musafir di angin nan lalu

Salam perpisahan ku hulur pada mu
Lambaian tangan di angin lalu
Jangan dikenang kisah yang lalu
Diri mu sayang bukan lagi milik ku

Salam terakhir buat mu duhai kekasihku
Senyum dibibir sendu sebak jiwa ku ,
Cinta terukir rindu berlagu
Ku bagai musafir di angin nan lalu



Apapun hatiku memang terhibur walaupun hanya dengan sebuah lagu  dikir barat dari kelantan ini,terima kasih Allah kerana menemui aku dengan teman walaupun ia sebuah lagu,yang penting aku terhibur

Terima kasih Allah
Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Asslamualaikum

Komenlah dengan bertanggunjawap

Anak Palestien

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow