Quran Explorer - [Sura : 17, Verse : 1 - 111]
Saya tidak menawarkan ganjaran apa-apapun, Saya menawarkan persahabatan di laman ini dan perkongsian pengalaman tanpa pasca-bayar maupun pra-bayar

Selasa, 30 November 2010

Sahih Muslim

4781.Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.


Bab:Bab Keterangan Tentang Iman, Islam Dan Ihsan. Wajib Beriman Kepada Ketentuan Dari Allah s.w.t. Tanda tanda Orang Yang Tidak Beriman Dengan Ketentuan Allah Dan Memesongkan Kebenaran
10.Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum Muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan dengan-Nya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan. Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan. Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu. Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya penggembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيْمٌ خَبِيرٌ Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya. Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.



Kitab:KITAB IMAN
Bab:Bab Sembahyang Merupakan Salah Satu Dari Rukun Islam
12.Hadis Talhah bin Ubaidillah r.a katanya:
Seorang penduduk Najd telah datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan keadaan rambutnya yang kusut. Kami mendengar nada suaranya tetapi tidak memahami kata-katanya. Setelah hampir kepada Rasulullah s.a.w dia terus bertanya mengenai Islam. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah sembahyang lima waktu sehari semalam. Lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah sembahyang lain yang diwajibkan kepada ku? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu sembahyang sunat. Seterusnya kamu hendaklah berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu lelaki tersebut bertanya lagi: Masih adakah puasa lain yang diwajibkan kepada ku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa sunat. Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya: Keluarkanlah zakat. Kemudian lelaki tersebut bertanya: Adakah terdapat zakat lain yang diwajibkan kepadaku? Baginda menjawab dengan bersabda: Tidak, kecuali jika engkau ingin mengeluarkannya secara sukarela iaitu sedekah. Kemudian lelaki itu beredar sambil berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya. Rasulullah s.a.w bersabda: Dia amat beruntung sekiranya membenarkan iaitu menepati apa yang telah diucapkannya.


Sahih muslim

Kandungan gula perlu dalam badan

Hari ini entah berapa kali aku kat kedai kopi ,entah berapa gelas sudah aku telan minuman manis,cerita kedai kopi dari dulu- dulu sampai sekarang tak habis habis dengan minuman manis,agak- agaknya sebab itu lah kat Malaysia harga gula dan susu pekat manis dan segala susu yang ada kena mengena dengan minuman semuanya harga boleh'' rebeh'' poket punya,kecuali susu ibu,,,takkan aku nak minum susu ibu umur pun dah berapa,ha ha ha ha

Risau juga bila dengar penyakit kecing manis boleh kena  bila-bila masa pada pengamal minuman manis,kekadang tu aku rasa tak nak dah minum manis,pernah aku dua hari tak minum minuman manis, rasa mengigil pula badan,dahlah tak ada tenaga rasanya tambah lagi cepat rasa tekanan dengan kerja yang dihadap tiap-tiap hari

Bila aku mengadu dengan seorang kawan,,boleh pula dia tanya!! Hey kau tak ada duit nak beli makan sampai macam tu sekali,,sambil ketawa aku berkata pada kawan aku itu,aku dah telan dua kali dah hari ini,takkan kau tak tahu aku ni suka makan

katanya, Habistu kenapa? eloklah kau pergi  buat pemereksaan doktor

Nak-tak nak aku aku pun pergi keklinik berhampiran dengan tempat aku kerja,bila jumpa Doktor dia buat pemereksaan tekanan darah,beberapa minit selepas itu aku lihat dia ambil pen dan buku catatan

Doktor mula bertanya aku,hari in awak minum manis tak?
Aku jawap.dah masuk tiga hari saya tidak minum atau makan makanan manis
Kenapa? soal Doktor pada aku
Jawap aku,saya takut kena kecing manis
Aku lihat doktor yang buat pemereksaan darah aku itu ketawa dan tersenyum sambil berkata,jika awak minum manis berlebihan baru boleh kena kencing manis..jika awak tak minum manis juga boleh memberi kesan yang tak baik,katanya lagi: sebab badan awak mengigil,rasa lemah,cepat tertekan disebab darah awak kurang gula dan awak boleh pengsang bila-bila masa

Yee ke doktor?
Kata doktor, kalau awak tak percaya minum ini,aku melihat doktor mengambi botol dan membuka penutupnya lalu   dituangkan cecair kekuningan kedalam satu bekas lalu disuruh aku minum

Apa lagi!!! aku pun telan lah
Selepas minum tunggu lima minit kata,Doktor

Gigil aku sudah hilang begitu juga dengan tekanan perasaan  dan tenaga juga mula kembali

Apapun dalam buruk ada baiknya minuman manis asalkan kita tidak berlebih-lebihan dengan apa yang kita makan dan minum,sejak itu aku pun mula minum minuman manis dua cawan sehari,iatu satu siang dan satu malam

Kalau orang nak tahu,sebelum aku rasa takut terkena kencing manis,aku minum jenis minuman manis kurang-kurang pun 10 cawan satu hari...fahamlah kalu kaki kedai kopi.... hi hi hi hi

Bertahun tahun tahun tahun tahun aku suka minum manis dengan jumlah bercawan-cawan sehari,namu aku terhindar dari penyakit itu,sedangkan kawan-kawan yang tak sehebat aku bab minum manis sudah lama kena kencing mani malah ada yang kena potong

Apa yang aku  teringat ini adalah berkat doa yang aku baca disetiap 5 waktu solat,kalau orang nak tahu ini doanya.
Doa mohon perlindungan daripada penyakit berat 
“WAHAI Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit berat.” (Riwayat Abu Daud)...


Aku kini bukan lagi penagih minuman manis,,penagih dadah aku tak ada masa nak melayan benda-benda rosak diri aku

Apapun doa adalah senjata bagi orang islam,jangan lupa amalkannya yerr


Jumaat, 26 November 2010

BSN Beri Lima Van Kepada Lima Masjid Terpilih


Imam Al-Bukhari meriwayatkan dengan sanad yang sampai ke Abu Harairah, katanya, ketika Rasulullah SAW meninggal dunia, saat itu Abu Bakar yang menggantikan Rasulullah SAW; dan orang-orang Arab ada yang kembali kafir. Maka, berkatalah Umar kepada Abu Bakar: “Bagaimana engkau akan memerangi manusia, padahal Rasulullah SAW pernah bersabda “Aku diperintah untuk memerangi manusia hingga mereka mau mengikrarkan syahadat, siapa yang mengikrarkannya, maka amanlah dariku harta mereka, darah mereka, kecuali dengan haknya, dan urusan mereka terserah kepada Allah”?” Maka menjawablah Abu Bakar: “Demi Allah, aku benar-benar akan memerangi orang-orang yang memisah-misahkan dan membeda-bedakan antara shalat dengan zakat, sebab zakat adalah hak atas harta. Demi Allah, andai mereka tidak mau menunaikan zakat, walaupun dahulu di zaman Rasul mereka menunaikan zakat seutas tali tapi sekarang tidak mau menunaikannya, sungguh akan aku perangi mereka. Umar mengatakan: “Maka, demi Allah, tiada lain yang aku lihat selain Allah telah melapangkan dadanya Abu Bakar untuk memerangi mereka, maka aku pun tahu bahwa Abu Bakar berada pada posisi yang benar.” (HR. Abu Daud, shahih).


Firman:
“Dan pada sebagian harta mereka, ada hak yang sudah maklum, untuk para peminta dan orang yang tidak meminta-minta”. (Q.S. Al-Dzariyah: 19)






Beberapa dalil Quran Tentang Sedekah


Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 195
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 215
Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 245
Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 254
Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang lalim.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 261
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 262
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 263
Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 264
Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena ria kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 265
Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 267
Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 268
Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 271
Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 272
Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 273
(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 274
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 276
Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 280
Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Demi Tanggungjawab sosialnya,Bank Simpanan Nasional menyerahkan lima van jinazah kepada lima Masjid terpilih dari seluruh negara Dikuala Lmpur

Masjid tersebut
(a) Masjid Mukim Gunong ,Bachok Kelantan
(b) Masjid As-Syakirin,Kampung Kuala Ping,Kuala Berang.Terangganu
(c) Masjid Ubudiyah,Kampung Asam Jawa Baling Kedah
(d) Masjid As-Syakirin Bachang,Melaka
(e) Masjid As-Siddiq.Taman Guar Perahu Pulau Pinang

Penyerahan yang di adakan di Kuala Lumpur oleh Timbalan Ketua Eksekutif BSN Yunos Abd.Ghani kepada wakil-wakil Masjid Yang terpilih

Sumbangan tersebut adalah daripada wang zakat hasil perniagaan Skim Perbankan Islam bagi tahun 2009

Apa yang dilakukan oleh BSN adalah satu usaha yang murni ,semuga menjadi contoh pada mereka yang lain


Khamis, 25 November 2010

Dimana Nilai Manusia


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Ketika seorang lelaki sedang berjalan, dia merasa sangat dahaga. Lalu dia turun ke dalam sebuah perigi dan minum daripada airnya. Kemudian dia keluar. Tiba-tiba dia dapati seekor anjing sedang terjelir-jelir lidahnya sambil memakan tanah lantaran kehausan. Lantas dia berkata: "Demi Allah, sesungguhnya anjing ini telah ditimpa seperti apa yang menimpaku." Lalu dia turun semula ke dalam perigi itu. Dia pun memenuhkan sarung kakinya (dengan air), kemudian memegang sarung kaki itu dengan mulutnya. Lalu dia memberi minum kepada anjing itu. Lalu Allah menerima amalannya, memberi pahala dan mengampunkannya." Mereka pun bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah kita mendapat pahala kerana (berbudi) kepada binatang?" Baginda s.a.w. menjawab: "Pada setiap hati yang basah (iaitu makhluk yang masih hidup) ada pahala."
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Pengajaran hadis:
"Kelebihan sifat rahmat dan kasihan pada haiwan"
(Kitab al-adab- Koleksi hadis-hadis adab dalam Islam)







Jauhilah menginaya makhluk jadian Allah,kerana apa yang dilakukan akan dipertanggungjawap dihadapan Allah

Rabu, 24 November 2010

Ulama Indonesia dipenjara kahwin budak

Ulama Indonesia dipenjara kahwin budak
Semarang – Seorang ulama Indonesia yang mencetuskan kemarahan ramai kerana berkahwin dengan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun dipenjara selama 4 tahun

Pujiono Cahyo Widianto,46 didapti bersalah oleh mahkamah Indonesia kerana mengadakan hubungan seksual dengan kanak-kanak  bawah umur dan turut didenda sebanyak 60 juta rupiah bersamaan dengan nilai matawang Malaysia RM 21,000

Ulama yang juga ahli perniagaan itu mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran dihadiri ribuan tetamu semasa berkahwin dengan Lutfiana Ulfa,pada 2008

Pujiono yang juga dikenali sebagai Sheikh Puji menegaskan tidak melakukan kesalahan kerana mendakwa kanak-kanak itu sudah baligh semasa berkahwin

Bagaimapun Pujiono membangkitkan kemarahan ramai.termasuk majlis ulama Negara ituapabila menyuarakan hasrat menghawini dua lagi kanak-kanak yang berumur  7 dan 9 tahun
Undang-undang di Indonesia menghalang kanak-kanak perempuan berumur di bawah 16 tahun berkahwin

Sinar Harian N21(global) 25-11-2010 Khamis

Penghina Islam Bakal Diampun

Wanita Yang Menghina Islam Bakal Diampun

Islamabad,Presiden Pakistan Asif Ali Zardari akan mengampuni Asia Bibi yang menghina Islam pada 2009.Ibu pada  lima anak dijatuh hukuman mati oleh mahkamah Negeri Sheikhpura  dekat Lahore pada 8 November 2010

Beliau yang ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan sejak Jun 2009 adalah berkerja disebuah ladang bersama-sama wanita Islam,pertelingkahan berlaku ketika disuruh membawa air minum,manakala beberapa wanita Islam menolak untuk meminumnya  kerana Bibi seorang krestian dan membawa kepada pertelingkahan,dimasa inilah dikatakan Bibi telah Menghina Nabi Muhammad s.a.w

Gabnor Punjab,Salman Taser berkata,Asif Ali Zardi menegaskan beliau tidak akan membenarkan wanita itu,Asia Bibi menjadi mangsa undang-undang kontroversi tersebut
Asif Ali Zardi adalah seorang pemimpin yang librel,berfikiran moden dan tidak akan membiarkan wanita malang ini dijadikan sasaran  dan di hukum,’’katanya

Asia Bibi 45 telah dipenjarakan sejak 15 bulan lalu sebelum dijatuhkan hukuman mati  keatasnya ,beliau telah memfailkan rayuan kepada  Mahkamah Tinggi Pakistan

Selasa, 23 November 2010

Maut Kena Pijak di Kemboja



“Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Mahamulia lagi Maha Pengampun” (QS Al-Mulk [67]: 1-2)


Bemacam-macam penyebab kematian,ini semua adalah datangnya  dari Allah ta`ala,Di Phnom Penh ,Sekurang-kurangnya serama 378 dan ratusanlagi cedera disebabkan rempohan semasa Negara Kemboja mengadakan sambutan festival air kelmarin


kisah ngeri ini berlaku di sebuah pulau negara itu,iatu Pulau Koh Pich di mana tempat perlumbaan bot tradisional berlangsung di sungai Tonle Sap
Perdana Menteri Komboja ,Hun Seng ketika berucap dalam siaran tv secara langsung berkata:kejadian itu adalah antara yang terburuk berlaku di negara itu


Manakal polis melaporkan:oarang ramai yang hadir menyambut festival tiba-tiba panik dan berasak-asak di atas sebuah jambatan sempit,menyebabkan ratusan mati dipijak atau terjatuh kedalam sungai,punca tragdi itu masih disiasat


Seperti mana yang di ketahui oleh kita semua,bahawa ajal akan tiba tidak kira dimana kita berada,baik di sungai mahupun dalam gua


Apapun kisah kematian ini semuga mendapat penginsafan bagi mereka mereka yang berfikir 



Apa Yang Berlaku Adalah Ujian Untuk kU !!!


Kata kawan aku yang sering ngomong-ngomong kat warung,Apa yang kau tak mahu lihat itulah yang akan di perlihatkan pada suatu hari nanti sebagai ujian dari Allah

Tiada apa nak buat pada hari minggu selain dok layan feez book,aku teringin pergi ke sebuah taman tasik buatan manusia yang terkenal di selangor,Aku dengan motor yang kurang sihat berdezuuuuuup kesana dengan kelajuan 60km sejam..kan laju tu

Sampai kat taman tasik ,,aku cari-cari parking motor,di sana penuh disinipun penuh, maklumlah kan hari minggu,segala camar-camar yang ingin mengirup udara segar sambil" bertenggek" atas bangku,akhirnya aku bantai atas kaki lima jalan,,ha ha ha kan senang tuuuu

Sebelum aku melangkah kekawasan taman tasik,seperti biasalah kalau nak basah tekak dan ketatkan perut kenalah berbekal apa-apa yang patut.ah !!! tak susah nak dapatkan bekal.asalkan dalam poket ada kertas RM..

Sudah kebiasaan bagi aku membeli bekal yang boleh memenuhi 3 atau 4 perut,membazirkan bunyinya.tapi tidak kerana aku ni suka melayan bebudak kecik tak kiralah anak siapa,kenal atau tidak asal kan mereka senang pada aku pasti perut akan padat lah..haa haaa kan tak membazir tuuu!!!

Dalam dok cari tempat nak berlabuh buntut sempat juga aku menoleh kedalam air tasik..aku lihat ada ikan dan kura-kura yang kelihatan seperti mencari habuan untuk mengisi perutnya,apa lagi,,, roti yang ada pada aku di campakanlah...wah wah aku lihat ikan dan kura-kura melahapnya,,agak-agak kau orang ,'' dah berapa hari si ikan dan si kura-kura tak makan

Sambil berjalan plan-plan aku ternampak tempat kosong nun jauh ketengah tasik..ah ok jugak tu kalau lepak kat sana ,,

Apa kejadahnya bila sampai aku lihat sepasang camar sedang berlaga mucungnya siap dengan bunyinya sekali dan berkali-kali dah agaknya ...kih kih...bukan dalam gambar kat atas tu,itu cuma gambar hiasan hasil carian dalam google

Wah panjang betul mukadimah tulisan ini,,apapun kau orang kena baca biar habis agar dapat mengutip sedikit pengajaran dari tulisan aku yang tak seberapa mahir berkarya..nak mahir macamana sekolah sampai darjah enam jeeer.,,betul beeeeebbb bukan merendah diri

OK kita pi pada kisah camar berlaga mucung,dalam kedaan camar sedang bergusti mucung sambil sayapnya mengebas kebas maruah buah dadu ,,kau orang pahamkan apa itu buah dadu? kah!!!! kah!!!!!! kalau tak paham tanya cikgu tampat kau orang belajar,,kalau yang dah habis belajar tuuu pasti sudah padai dah

Memang tak malu betul pasangan camar ini,kalau burung camar tak pa lah dia hiawan,,ini orang camar..ter pulanglah pada kau orang nak letak berapa peratus nilai maruahnya asalkan jangan tak ada markah udahlah

Dalam keadaan akupun rasa malu.' apa kau orang nak buat jika berlaku di depan mata,kerana kelakuan ini mesti ditegah,,takkan nak pakai selemah=selemah tegahan pulak, sedangkan pekara berlaku depan mata

Akhirnya aku sergah,'' ha!!! haa!! 100 kali aku ketawa,,,lari lentang pukang lah si pasangan camar itu,,yang tak bestnya,,pula mereka tinggakan "hand bag" dan "tefon bimbit" wah yang ni menjadi ujian pada aku

Akhirnya aku ambil keputusan mengCALL pada nombor nombor tefon yang di simpan oleh camar,,waaaaaahhh 10 call yang aku buat semua pompuan yang jawap

Salah satu dari 10 itu sempatlah aku melayan,,,ini tak boleh dedah lahhh...apa yang aku nak katakan,,rupanya si camar jantan ni kaki betina

Tas tangan si camar betina dan tefon camar jantan aku bawa baliklah,dengan harapan ada lah yang mengCALL nanti

Pukul 12 malam adalah satu sms ,,bunyinya begini"Abang malu betul saya dengan abang,saya lihat abang dari jauh takdi,abang tunggu kat situ,,tapi saya takut nak jumpa abang untuk ambil barang2 tu" rupanya dia takut dengan aku bukan dengan Allah

Tapi aku membalas sms itu dalam keadaan bersahaja yang boleh menyenangkan hatinya,pada pukul 3 pagi datanglah kedua camar yang bergusti mucung dalam keadaan tertunduk malu sambil mempelawa kesebuah warong....ah apa lagi ,,akupun pi lahh

Mereka memohon maaf dan berterima kasih kerana kesemua barang-barang yang tertinggal dapat balik padanya

Peluang inilah aku ambil untuk membantai nya,,aku lihat ci camar betina menengis dengan tersedu-sedu manakala camar jantan pula tuduk kaku ,,bukan aku bantai dengan kaki atau tangan jauh sekali dengan kayu,,,tapi aku tazkir mereka berdua

Akhirnya mereka beredar tampa menjamah makan dan minum yang di oder,,,

Pasti kau orang nak tahu dengan bekalan aku beli takdikan...sebenarnya tak habis dan aku beri pada anak-anak jiran,,,,kah kah kah tak membazirkan..

Manakala makanan dan minuman yang di tinggalkan olih pasangan camar..aku bagi kat orang sebelah meja...apa lagi benda freee,,ramai orang suka

Kau orang puuuun suka benda freee kan??? sorrrry lar beb gurau jerr,,janganlah pulak kau orang jawap,,sory naik loriii

Sekain merapu meraban kali ini

Apa-apapun semuga mereka insaf ,'' ini adalah cerita benar dan bukan hayalan untuk berkarya



Bila perasaan sedih di sebabkan ujian Allah,Pada Siapa Ingin Mengadu






Dalam hidup ini ada pasang surutnya,baik sihat pada sakit dan begitulah selagi ada hayat di kandung badan,Namun perasaan tidak dapat di kelentong dengan senyuman bila terasa sedih pedih di peristiwa yang membawa duka lara,nyilu teriris tiada kesan lukanya,namun air jernih yang menyirami pipi itu apakah tandanya

Mengubati lara dari kepedihan bukanlah doktor,kalau yee pun mereka hanya menesihati agar tabah dan sabar menghadapi ujian menimpa kehidupan ini

Jika itu yang benar,pada siapa ingin mengadu luah perasaan,pada teman-teman atau hanya menyimpan buat pekasam duka lara itu di poket qalbu,kata orang tua-tua:tidak elok menyimpanya,kerana ia boleh merosak diri

Nak atau tidak jua dalam keterpaksaan harus di keluarkan perasaan itu,namun pada siapa? Ada yang meluahkan pada rakan taulan,Ada yang menangis berhari-hari di bilik dan bermacam -macam cara tersendiri untuk mengurangkan tekanan dari perasaan sedih pilu yang dialami tak kurang juga yang cuba pasang niat untuk membunuh diri malah ada yang sanggup melakukan

Sebagai seorang Islam yang beriman pada Allah dan Rasul, tidak salah jika mereka-mereka yang mengalami tekanan perasaan mencari teps yang mudah dan senang untuk diamal asalkan tidak menyalahi ajaran Islam

Seperti:

(a)Setiasa berada dalam keadaan Wudhuk
(b)Berzikir
(c)Bersolawat
(d)Baca al-quran

Bukan sekadar itu sahaja asalkan bersesuaian dengan kehandak dan mudah di amal yang penting selalu bersangka baik keatas apa yang berlaku,jika berkesempatan perbanyakanlah solat sunat,berpuasa sunat,bersedekah, kesemua ini memerlukan satu `itkad yang berterusan dan mintalah doa pada Allah

Apa-apapun,'cintailah diri sendiri sebelum menyitai orang lain...wallahu`alam








Rabu, 17 November 2010

Kelebihan melakukan ibadah korba




KELEBIHAN IBADAT KORBAN

Muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Pada ketika ini para jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia sedang berhimpun di Tanah Suci Mekah untuk melaksanakan ibadah haji. Sebagaimana yang kita maklumi, ibadah haji adalah rukun Islam kelima yang diwajibkan bagi mereka yang berkemampuan mengerjakannya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 96-97 tafsirnya :

"Sesungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia (ibadah kepada Tuhan-Nya) ialah Baitullah di Mekah yang berkah dan dijadikan petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata yang menunjukkan kemuliannya di antaranya ialah maqam Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur ingkarkan kewajipan ibadat haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, tidak berhajatkan sesuatu pun dari sekalian makhluk".

Ahli jumaat yang berbahagia,

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada musim haji ialah ibadah korban. Waktu penyembelihannya bermula sebaik-baik saja selesai menunaikan sembahyang sunat Aidiladha sehingga terbenam matahari pada hari tasyrik 13 Zulhijjah.

Sesungguhnya ibadah korban itu hukumnya sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut, lebih-lebih lagi kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahi rezeki kepada mereka. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini". (Riwayat Ibnu Majah)

Muslimin yang berbahagia,

Adapun sejarah korban itu bermula pada zaman Nabi Adam Alaihissalam lagi, sebagaimana yang telah diceritakan dalam Surah Al Maa-idah ayat 27 tafsirnya :

"Dan bacakanlah wahai Muhammad kepada mereka kisah mengenai dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya iaitu ketika mereka berdua mempersembahnya satu persembahan korban untuk mendampingkan diri kepada Allah. Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima korban daripada yang lain (Qabil)".

Mengenai persembahan korban Habil dan Qabil itu, ahli tafsir mengatakan bahawa pasangan kembar Kabil yang lahir bersamanya bernama Iqlimia adalah seorang perempuan yang cantik manakala pasangan kembar Habil bernama Layuza merupakan seorang perempuan yang kurang cantik. Sudah menjadi syariat Nabi Adam Alaihissalam untuk mengahwinkan anak perempuan dengan anak lelaki dari kandungan yang berlainan.

Qabil merasa iri hati dengan saudaranya Habil kerana mendapat perempuan yang cantik dan demi untuk kepentingan dirinya, dia ingin mengahwini pasangan kembarnya Iqlimia. Meskipun bapanya berharap agar dia mengikut perintahnya dengan mengahwini Layuza, namun dia enggan mematuhinya. Lalu mereka pun membuat perundingan dan masing-masing bersetuju untuk menyembahkan korban.

Korban Qabil berupa hasil tanaman yang rosak dan Habil pula berkorban dengan seekor kibasy yang sihat dan gemuk. Lalu Allah Subhanahu Wata'ala menerima korban Habil. Ahli tafsir mengatakan bahawa kibasy itu diangkat ke Syurga sehingga Allah Subhanahu Wata'ala menebus Nabi Ismail Alaihissalam dengan kibasy tersebut.

Dalam sejarah lain juga menceritakan bagaimana Abdul Mutalib telah bernazar bahawa jika dia dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan sepuluh orang anak nescaya dia akan menyembelih salah seorang daripada anak-anaknya sebagai korban. Apabila saja Abdul Mutalib dikurniakan dengan sepuluh orang anak, maka Abdul Mutalib pun memenuhi nazarnya dengan melakukan undian ke atas anak-anaknya untuk dijadikan korban. Hasil undian tersebut jatuh kepada anaknya yang bernama Abdullah iaitu ayahanda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Tetapi orang-orang Quraisy menghalang penyembelihan dilakukan ke atas Abdullah kerana mereka khuatir perbuatan itu akan menjadi ikutan yang berterusan. Akhirnya setelah memikirkannya, Abdul Mutalib bersetuju menebus Abdullah dengan seratus ekor unta untuk dijadikan korban.

Sesungguhnya ibadah korban disyariatkan oleh agama Islam bermula pada tahun kedua hijrah dan korban yang hanya dibolehkan ialah binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Islam mensyariatkan ibadah korban itu sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang : "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala". Ibadah korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya.

Manakala di antara hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu pula ialah :

Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :

"Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya".

Kedua : Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

Ketiga : Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.

Keempat : Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Muslimin yang berbahagia,

Memandangkan ibadah korban itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang amat banyak, maka sudah sewajarnyalah kita merebut peluang ini dengan melakukan korban pada hari raya itu nanti. Sama-samalah kita berdoa semoga dimurahkan rezeki dan dapat melakukan ibadah korban. Mudah-mudahan segala amal kebajikan yang kita lakukan di atas dasar keikhlasan dan keimanan itu akan diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hajj ayat 37 tafsirnya :

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah. Tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira dengan balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".


Ahad, 14 November 2010

Kebebasan yang kelam



Kebebasan yang kelam
Sejak akhir-akhir ini kebebasan menjadi satu lafaz sakti yang sudah melekat di sanubari disertai pula perbuatan yang tidak kena dengan nilai moral,Situasi hari ini sudah berlainan,mereka mentafsirkan kebebas itu adalah bebas dari segala macam larangan
Bebas melakukan apa sahaja yang didorong oleh hawa nafsu yang pasti menerjah diri kearah apai neraka ,adalah kehandak iblis yang sentiasa ingin melihat anak turun Adam yang beriman dengan kalimah haq

Umat Islam telah di ajar agar wajib beriman dengan tegahan Allah,namun tewas di kepala nafsu iblis laknatullah gara-gara ingin kebebasan,mereka lupa bahawa hidup ini bukan sekadar didunia sahaja dan tiada hidup di dunia lain
Umat seperti ini lah yang menghancurkan jiwa-jiwa suci yang telah di kurniai oleh Ilahi

Jumaat, 12 November 2010

Jangan Rugi Dalam Hidup Ini

Dalam kehidupan ini berbagai-bagai pacaroba yang hendak ditempuhi oleh setiap manusia,Ada yang menangis kesakitan,kesedihan,namun jarang sekali terdengar cerita tangisan kerana kerugian diatas kelakuan yang merugikan

Semuga hari ini menjadi iktibar untuk hari besok jua hari-hari yang akan mendatangpun begitu jua

Sebelum sauh didasar ,''biarlah kapal kehidupan ini berlayar dengan muatan yang penuh untuk dibawa menghadap Ilahi.kerana disana kampung akhirat yang kekal abadi akan rugi pada mereka yang berbuat rugi,untung jua pada mereka memperdagankan kehidupan ini pada perintah Allah dan Rasul

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

Oleh itu jadilah diri yang sempurna dengan ketakwaan,istiqamah dengan kebaikan,lari dari berbuat kecelakaan dan inggatlah keburukan seumpama api dalam sekam yang bisa menghabiskan segala kebaikan,bukan sekedar itu sahaja,''malah boleh menebusi kekebalan Iman, dengan sendirinya pula akidah menjadi rosak

Berdoalah pada Allah,'' agar kehidupan ini tidak didampingi kerugian di kerana kealpaan yang tersanggat indah dengan pentas dunia ini

Heret lah hawa buas dan ikatlah Ia dengan zikrullah,tikamlah dengan Istighfar disaat bisikan hitam datang kecuping hati,kuncilah Qalbun dengan rantai kalimah Syahadah agar hidup ini tidak ditimpa kerugian

Jadilah lidah seumpama daun yang sentisa ditiup angin bergerak menyebut nama Ilahi.Agar hari ini dan hari-hari seterusnya tidak menjadi insan yang sentiasa rugi

Renung-renungkanlah
Sabtu 13-11-2010=7:14 pagi









Sejarah Perjuangan Nabi Muhammad adalah Sebuah Rentetan Yang Panjang

Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW adalah sebuah rentetan sejarah hidup yang panjang yang mengandungi pelbagai pengajaran dan pendoman untuk umat Islam. Sejarah kehidupan atau sirah baginda Rasulullah SAW dihiasi dengan kisah perjuangan yang tidak mengenal erti jemu, sebuah hakikat pengorbanan yang sangat tinggi, pergantungan dan kepasrahan sepenuhnya kepada Allah SWT, dan contoh panduan yang hidup untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman.

Inilah ketetapan dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, bahawa segala apa yang dialami oleh Rasulullah SAW adalah contoh panduan kepada umat Islam. Keperibadian dan kehidupan baginda umpama “manual” panduan untuk dilihat dan dijadikan contoh oleh seluruh manusia dan seharusnya kita fahami bahawa baginda Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh dan ikutan.


Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.”
( Al- Ahzab : 21)

Rasulullah saw berjaya membina satu ketamadunan yang hebat dan gemilang. Di dalam buku yang ditulis oleh seorang penulis barat iaitu Michael H. Hart, beliau telah meletakkan Nabi Muhammad SAW di tempat pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, malah ia mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri.

Bukunya The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History, menyatakan bahawa satu faktor yang menyebabkan Nabi Muhammad SAW menjadi insan berpengaruh adalah kerana kualiti yang ada pada diri baginda. Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti integriti dan kualiti kompetensi. Inilah yang menjadikan kehidupan baginda sangat signifikan kepada manusia lain terutamanya kepada para sahabat di bawah didikan Baginda.

Di dalam Islam, kualiti ini kita namakan ia sebagai akhlakul karimah atau budi pekerti yang mulia. Bermula dari kualiti ini akhirnya Rasulullah SAW berjaya membentuk dan membina satu tamadun yang sangat gemilang dan dihormati seantero dunia. Sudah pasti terdapat satu rahsia yang perlu dilihat secara terperinci terhadap proses pembentukan ketamadunan Islam yang diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW kerana di dalam hanya masa yang singkat iaitu 23 tahun, Baginda berjaya mengasaskan dan membentuk satu ketamadunan yang mampu bertahan selama 1400 tahun!

Justeru itu, melihat dan meneliti sejarah perjuangan Rasulullah SAW adalah menjadi keutamaan kita di dalam menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan murrabi di dalam perjuangan menegakan Islam.

Sejarah Sebelum Islam

Sebelum zaman kedatangan Islam, kehidupan masyarakat arab jahiliyah pada ketika itu berada dalam kehidupan yang porak peranda dan hilang aspek nilai kemanusiaannya. Masyarakat arab ketika itu, berada dalam keadaan yang jahil disebabkan sistem kemasyarakatan yang rosak dan penindasan sesama manusia itu berlaku secara berleluasa. Kerosakan ini berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dari segi ekonomi, perundangan dan juga sosial kehidupan. Di dalam buku sejarah, para ahli sejarahawan menamakan zaman ini sebagai zaman jahiliyah atau zaman kegelapan.

Pada dasarnya, masyarakat Arab Jahiliyah memiliki sifat-sifat positif seperti berani, setia, ramah, sederhana, cintakan kebebasan dan menghormati tetamu. Mereka juga mempunyai kelebihan-kelebihan lain seperti ingatan yang kuat dan pandai bersyair. Namun kerana sifat jahiliyah yang menyelimuti kehidupan mereka, segala kebaikan itu tenggelam dalam sifat keburukan. Mereka berpaling daripada kebenaran, menyembah berhala yang pelbagai jenis rupa dan bentuk, melanggar hak orang lain dan menindas sesama manusia.

Kejahilan ini terus menyelubungi masyarakat jahiliyah sehingga kedatangan Nabi Muhammad SAW yang akhirnya telah mengubah kehidupan mereka. Cahaya keislaman itu telah menyinari kehidupan mereka yang gelap kepada kehidupan yang terang benderang dan akhirnya mereka dapat hidup dengan aman serta bahagia dipimpinan Rasulullah SAW.

Sejarah Semasa Zaman Rasulullah SAW

Namun, selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW dengan membawa risalah kebenaran kepada masyarakat arab, kehidupan mereka berubah sama sekali. Risalah Islam yang benar ini telah mengubah kehidupan yang penuh dengan kegelapan kepada kehidupan yang disinari dengan cahaya keimanan kepada Allah SWT. Proses dakwah baginda Rasulullah SAW di Makkah telah menekankan kepada aspek keimanan kepada Allah SWT sebagai teras dan tunjang pembinaan masyarakat Islam yang tulen dan kukuh.

Dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah seruan dan ajakan untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Rasulullah SAW membina ummah Islam bermula dengan diri baginda seorang diri secara terancang sehinggalah lahirnya satu kelompok muslim yang beriman kepada Allah SWT dengan seluruh jiwa dan raga mereka. Mereka inilah generasi awal yang menerima didikan Rasulullah SAW secara terus-menerus sehinggalah mereka digelar sebagai “ sebaik-baik generasi” di dalam sejarah peradaban manusia.

Firman Allah SWT di dalam surah Ali-Imran : 110 yang bermaksud :“ Kamu ( umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana (kamu) menyuruh berbuat yang maruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah SWT. Sekiranya ahli kitab yang beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.”

Di dalam usaha baginda mengajak kepada Islam, baginda telah melakukan proses pembinaan individu muslim secara terancang dan proses ini mengambil masa yang begitu lama. Proses pembentukan ini menekankan kepada proses penanaman aqidah dan keyakinan kepada Allah SWT secara mendalam. Proses pembinaan generasi unggul ini adalah berteraskan kepada proses pendidikan Islamiyah dan dakwah islamiyah secara tersusun dan terancang.

Rasulullah SAW telah menggunakan beberapa kaedah untuk melaksanakan usaha dakwah ini. Antara perkara yang utama yang dilakukan ialah dengan menghimpunkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang bersih serta ikhlas untuk diproses dengan didikan keimanan kepada Allah SWT. Pemilihan individu ini tidak berlaku secara kebetulan, tetapi ia dilakukan secara sedar dan penuh keyakinan kepada Allah SWT.

Proses penanaman aqidah ini berterusan sehinggalah jumlah generasi awal di bawah didikan Rasulullah SAW mulai bertambah dari satu masa ke satu masa. Dakwah peringkat rahsia ini mempunyai penekanan yang memfokuskan kepada proses didikan hati dan pembinaan individu muslim secara kolektif. Pendidikan yang dijalankan oleh baginda Rasulullah SAW adalah proses yang mensasarkan kepada pendidikan hati. Pendidikan hati ini ditekankan dengan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, keikhlasan dan ihsan kepada Allah SWT sehinggalah melahirkan suatu keperibadian yang murni dan berakhlak mulia.

Proses pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW adalah tunjang kepada pendidikan yang mendidik jiwa dan hati untuk patuh dan mengesakan Allah SWT. Pada peringkat ini, sumber rujukan baginda hanyalah Al-Quran semata-mata. Ini bertujuan untuk memastikan para sahabat generasi awal mendapat satu kefahaman yang benar-benar bersih dan tulen berkaitan Islam. Penekanan kepada sumber rujukan yang satu ini boleh digambarkan melalui satu sirah Rasulullah SAW. Pernah satu ketika Saidina Umar Al-Khattab membawa satu kitab yang dikatakan sebagai kitab Taurat untuk dijadikan bahan didikan Islam. Pada ketika itu, merah muka baginda Rasulullah SAW, dan sambil berkata : “ Sekiranya, Nabi Musa ada pada ketika ini, nescaya beliau juga mengikut aku.”

Zaman Ketamadunan Islam

Zaman pemerintahan Islam sesudah wafatnya Rasulullah SAW diteruskan dengan gagasan pemerintan sistem Khalifah Islamiyah iaitu kepimpinan Khulafa’ Ar Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Zaman ketamadunan ini melalui satu perjalanan pembinaan, perkembangan dan kejatuhan yang sangat panjang. Sejarah telah menunjukan peradaban ketamadun Islam pernah mencapai zaman kegemilangannya sehingga seluruh dunia mengenali dan mengakui kehebatan Ketamaduanan Islam.

Pengasas kerajaan Bani Umaiyyah ialah Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.Pada zaman ini, perkembangan penyebaran Ilmu berkembang pesat terutamanya pada Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.Penghasilan teknologi baru seperti Seni Ukir, sistem pengasing benda asing melalui aplikasi tarikan graviti dan juga kinci air.

Kemudian sistem pemerintan Islam diteruskan dengan pemerintahan kerajaan Abbasiyah pada 763 M. Penubuhan Kota Baghdad sebagai Pusat pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyah telah menjadi dimensi perubahan kerajaan Islam ketika itu.Pada tahun 786 M merupakan zaman Keemasan Bani Abbasiyah ( Pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid dan Anaknya Al-Makmum).

Ketika itu ilmu berkembang pesat dan masyarakat Islam sangat dihormati kerana kemajuan yang dikecapi oleh mereka. Pembinaan Baitul Hikmah telah merancakan lagi aktiviti penyebaran ilmu dalam peradaban tamadun Islam. Baitul Hikmah telah menjadi pusat penyebaran dan pengumpulan Ilmu yang mengandungi setengah juta jilid buku dan 36 buah perpustakaan. Dengan jumlah buku yang banyak ini, pihak pengurusan baitul hikmah yang memerlukan 120-400 ekor unta untuk pindahkan kesemua buku-buku itu ke suatu tempat. Pada era ini, lahirlah tokoh-tokoh ilmuan Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusdh dan ramai lagi.

Zaman keruntuhan Islam

Setelah melalui sejarah ketamadunan yang panjang, umat Islam mengalami kemunduran dan perpecahan di kalangan mereka. Akhirnya ketamadunan Islam mengalami saat-saat keruntuhan dan kehancuran yang amat memilukan hati dan jiwa umat Islam seluruh dunia. Jika dilihat dan diamati, antara faktor keruntuhan ini adalah berpunca daripada Umat Islam itu sendiri.

Bertarikh pada 3 Mac 1924, ia merupakan tarikh kesedihan dan saat yang memilukan ummat Islam seluruh dunia kerana pada tarikh ini runtuh dan berakhirnya sebuah empayar Islam yang selama ini memayungi pemerintahan kerajaan Islam di seluruh dunia. Keruntuhan kerajaan Turki Uthamaniyah memberi tamparan yang hebat kepada umat Islam dan ia telah memberi kesan yang sangat besar kepada sejarah umat Islam dalam sejarah dunia.

Dalam kajian sejarah, punca-punca keruntuhan yang paling ketara ialah masalah perebutan kuasa di kalangan Khalifah Islam pada ketika itu, sikap sambil lewa pemerintah yang lebih sukakan hiburan serta mengejar kemewahan dan sekaligus menunjukan kepimpinan yang sangat lemah. Selain daripada itu, masalah konflik dalaman sesama umat Islam dan konflik luaran daripada musuh Islam itu sendiri, menambahkan lagi masalah kepimpinan Islam pada zaman tersebut untuk terus mengekalkan kegemilangan Islam.


Suasana Ummat Islam Kini

Ketamadunan Islam telah melalui satu rentetan sejarah yang panjang bermula pada zaman Rasulullah SAW sehinggalah kepada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah yang berakhir dengan kejatuhan sistem khalifah islamiyah. Sejarah ketamadunan islam yang panjang ini, memberi kesan yang sangat mendalam kepada pembinaan, pembentukan dan keberadaan ketamadunan Islam sehingga kini.

Kini, kita dapat lihat keadaan ummat Islam yang semakin hari semakin lemah dan tiada perpaduan di kalangan mereka sendiri. Kelemahan inilah yang banyak memberi kesan kepada kemajuan dan kemunduran umat Islam pada hari ini. Sekiranya, tiada usaha-usaha yang bersepadu ke arah pemulihan dan kebangkitan semula ketamadunan Islam ini, nescaya umat Islam akan terus berada dalam krisis perpecahan dan kehancuran.

Negara Islam secara umumnya dan umat Islam secara khususnya, sangat lemah dari segi pelbagai bidang dan aspek. Jika kita nyatakan satu per satu bidang yang ada, tiada satu pun Negara Islam yang mampu menandingi Negara-negara barat yang ada di dunia ini. Hampir semua aspek umat Islam lemah. Antaranya, aspek ekonomi, pendidikan, keilmuan, pembangunan Negara, dan sebagainya. Satu contohnya mudah, dari segi ekonomi dan pembangunan, tidak ada satu pun Negara Islam yang tersenarai dalam negara yang maju dan hanya beberapa buah Negara Islam sahaja yang terletak dalam senarai Negara yang membangun.

Penyelesaian Ke Arah Kebangkitan Islam

Justeru itu, usaha ke arah pemulihan ini harus dimulakan dan diteruskan sehinggalah umat Islam kembali kepada acuan yang sebenar seperti yang digariskan oleh Allah SWT. Sekiranya kita kembali kepada sejarah yang dinyatakan di atas, kita akan dapati formula untuk membina dan membentuk sesuatu generasi dan tamadun itu telah pun ditunjukan serta dilaksanakan oleh baginda Rasulullah SAW.

Seharusnya, jalan, kaedah, cara dan juga panduan yang ditunjukan oleh Rasulullah SAW dijadikan kaedah utama dalam membentuk generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Perkara inilah yang seharusnya menjadi perkara utama yang kita tekankan dan fokuskan sekiranya kita ingin membina semula generasi Islam yang dapat mengembalikan kegemilangan Islam.

Fokus penekanan Rasulullah SAW adalah membangunkan sumber manusia itu sendiri. Inilah modal utama pembangunan dan pembinaan ketamadunan Islam. Peringkat awal perkembangan Islam, tapak asas kepada tamadunan Islam yang dibina oleh Rasulullah SAW adalah penanaman ‘aqidah yang jitu dan kukuh di dalam jiwa dan hati para sahabat dan pengikut Rasulullah SAW. Kekuatan aqidah inilah yang menjadi tonggok utama kepada penyebaran dan perjuangan Rasulullah SAW di dalam mengerakan jentera dakwah selepas era dakwah rahsia kepada dakwah terbuka.

Seharusnya, pembinaan sumber manusia bermula dengan aspek aqidah dan kepercayaan ini. Ia boleh diserapkan melalui proses pendidikan kerohanian dan ini wajar dicontohi dan dilaksanakan oleh Ummat Islam di dalam kehidupan seharian mereka.

Seharusnya inilah penghayatan yang perlu dilakukan oleh Ummat Islam dalam mencontohi perjuangan Rasulullah SAW. Sunnah yang paling besar yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah SAW adalah perjuangan dan penyebaran ajaran Islam itu sendiri. Lantas, segala kehidupan yang ditunjukan oleh baginda mestilah difahami, dihayati dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian secara penuh sedar dan faham. Inilah kejayaan utama yang harus dilihat secara serius dan seterusnya dilakukan sebagai agenda utama dalam kehidupan kita.

Cerita


Anak Palestien

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow