Sebagai hamba Allah manusia tidak lepas dari segala musibah berlaku.tidak kira ia kecil atau besar segalanya ada hikmah disebaliknya
Apa yang terjadi adalah satu ujian baik kesenangan atau kesusahah wajar dikatakan ia adalah ujian dari Allah kepada para hambanya,.apa yang perlu kita fikir kenapa Allah adakan musibah yang berlaku sedemikian,sedangkan apa yang berlaku pasti ada sebab-sebabnya ,sudah pasti ada pekara pekara tertentu yang telah dilakukan oleh para hambanya lebih lebih lagi pekara- pekara yang dilarang oleh-Nya
Manusia yang berdepan dengan segala musibah seperti banjir,tanah runtuh,gunung meletup dan sebagainya sangat wajar menganggapnya sebagai ujian dan peringatan pada mereka mereka yang berakal
Jika terkena musibah ,yakinlah ini semua adalah ketentuan qada dan qadar dan terimalah segalanya dengan reda,kerana keredaan membawa diri kearah lebih taqwa pada-Nya
Jauhkan diri dari memporakperandakan keadaan yang berlaku dengan menyebarkan pekara yang berlaku adalah disebabkan oleh seseorang yang berlaku curang,kerana yang tahu sebabnya adalah Allah sahaja
Sikaranya kita diuji dengan pelbagai musibah dalam kehidupkan,tidak salah malah dianjurkan bertafakur sejenak sambil menginsafi diri dan mengkaji apakah kesilapan-kesilapan yang kita lakukan sehingga Allah mendatangkan musibah sebagai peringatan
Kembalikan diri kepada Allah,jauhi larangan dan berbuatbaiklah dengan perintah dan tinggallah segala larangan dengan perintah-Nya juga
Tanamlah sikap sabar,kerana sabar itu satu jalan yang pasti menemukan penyelengsaian yang pasti.inggatlah segala kepayahan menempuhi musibah dari-Nya tidak lebih dari menginggati agar kita kembali pada jalan yang lurus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Asslamualaikum
Komenlah dengan bertanggunjawap